Sunday, June 26, 2011

kerjasama

...بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•




apa gamb0 nie...??
ttbe jer menyibukkan..ish2..tapi sebenar nyer kali nie nk berkisarkan dengan HIDUP MANUSIA DALAM ALAM REALITI...
agak2 ler..apa yer y nak di perkatakan..??
alamak..tajuk dah mendedahkan semua butiran kali nie...
ya...!!!!
-----------KERJASAMA------

ler....asyik2 benda yang b0sankan...
agak ler..mana tak nyer...pe bnda tu KERJASAMA..??
WONDERPET ker..? hahahahahahaha

"kami datang membantu anda dalam kesusahan. kami tak besar dan kami tak takut. bler bekerjasama kami jadi kuat. WONDERPET..!!!"

---betulkah..? cam salah jer...kui3...sowi ler----


KERJASAMA
cantik nyer cam gambaran 1 malaysia
warna warni gitu
tapi kan..skang tak taw ler per dh jdi dengan kerjasama skang nie...
asyik2 decision kena buat bukan atas perbincangan bersama kan
kah4..sbb apa yer..??
tragis sbb bakangan drastik ker..?
urm..xtaw ler...

0wang kata kita kena letak diri kita kat dalam situasi 0wang tu
dan kita tak leh ikut haluan kita jer
tapi, ntah ler..
nk letak semua dalam diri 0wang lain, kalau tak mampu derita juga...!!!
nak buat macam mana
makin dewasa makin macam2 benda datang dan nk kena fikirkan
nak salahkan sapa..?
xdak sape y bersalah...jadi kena ler pndai2 decide kan.. urmm.....

bler dah ditanya
jawapan nya 'tak tahu'...
aiyark!!! saya p0wn x tahu
hahahaha
jadi seanag ler sama2 kter x taw...
susah sangat k0t dunia skang nie
nak cari kerjasama
kesepaduan


kalau nak saya katakan:
makin lama dunia ini buat aku berduka
kerna ujiannya datang dari manusia
makin lama segalanya menyesakkan jiwa
kotak fikiran ku buntu dan bercelaru
harus bagaimana..?
datang menjadi ketenangan
pulang dalam keharmonian
hidup dalam kedamaian...
jika ini yang perlu dihadapi
tak mungkin aku mampu lagi
sering perlu memahami dan menghormati
mungkin juga diri khilaf
merobek jiwa yang di sisi
lalu terpanggil memberontak
akhirnya ku menerima akibat.....


setitis derita diri tidak setimpal derita kekasih ILAHI
lalu, hati moga dikuatkan dengan tasbih cinta ALLAHURABBI
penat dan lelah inilah dunia yang mati
yang tak mungkin kekal abadi
penat itu sudah menjadi asam diri
resepi hidup dan adunan hati
moga, dikuatkan dalam segala segi
walau air mata tak mungkin tertahan lagi
jatuh merembas pipi nan gebu....




Friday, June 24, 2011

segaLanya

entry kali nie ikhlas ku kata kan "bahawa aku begitu penat dengan dunia". fikiran ku x kan berhenti dari memikirkan kenapa, mengapa, bagaimana...yang menyelimuti diri hanyalah persoalan buntu yang tak ku temu jalan yang membawa ku ke satu jalan penyelesaian.
apa harus ku laku..?? ya aku penat...[bukan niat ku merungut] tapi itulah kerna aku hanya insan biasa yang tak pernah punyai apa2 hak atas diri sendiri... segalanya adalah pinjaman semata-mata dari awal kehidupan ku bermula sehingga kini...

semakin lama aku hidup, bertemu dengan bermacam manusia dan begitu juga ragam perilaku aku yang makin berubah-ubah....KESABARAN atas kekurangan yang terjadi sukar ku bina dalam diri. SABAR bukan satu yang mudah untuk ku calitkan dalam hati walau segalanya terubat dengannya... insan biasa seperti aku hanya mampu membinasakan dan membuat sekeliling ku berduka...

sang belati itu menusuk diri
harus ku berhenti dan mencari
siapa diri yang menjadi pendusta
memikirkan kebinasaan akal dunia
mainan sang mimpi yang mendusta
aku penat dan lelah dalam segalanya
kaki ini inginsekali rasa berhenti
tapi, mampukah aku menghadap ILAHI
dalam keadaan ku masih belum suci
hati, jiwa, akal, jasad dan segalanya
sukar ku tauhidkan pada NYA
walau janjinya begitu pasti dan menyakini......


Tuesday, June 14, 2011

jaLan puLang

...بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•





mataku selalu membawa aku pada penipuan dunia
lalu, mata ini menacap landskap sana
kaku, bisu, sendu, buntu lalu terpaku
menjadi sang pendusta yang petah berbicara
namun, gagal memenuhi butir kata
aku hanya insan pendusta
yang rasanya hina untuk hidup dalam kalangan semua
aku hanya mampu berada di penjuru
meneliti setiap sesuatu yang berlaku
lalu, mencatat dalam kotak idea yang satu
kurnian yang membezakan aku dengan makhluk selain ku






apakah masih wujud aku..??
nafasku...hidupku...nyawaku..
ke mana aku salurkan ke semua pinjaman dariNYA
layakkah menyatakan cinta andai jasad tidak berupa
jasad ini masih enak dan lena
menikmati nikmat indahnya dunia
yang menipu daya saban masa

masih gagah kaki melangkah meniti pesisir
sang badai datang meneroboh tebing
pegangan menjadi gering
gagal menahan panahan sang belati
lalu, hanya mampu menusuk diri
membina kezaliman sahsiah peribadi
merunduk malu dengan hati
tersungkur jatuh di hadapan YANG MAHA ESA
kesesalan menyelimuti rasa
akhirnya kembali merindu padaNYA
mencari kasih yang hakiki lagi abadi
menyakini DIA YANG MAHA MENGASIHI...
ALLAHUAKBAR...


kini aku melangkah maju
arah yang ku tuju tidak aku jemu
mencari yang hak dalam diri ku
kerna aku tahu...
aku hanya insan yang menanti saat bertemu
menjadi sang tetamu
bertemu dengan ALLAH yang satu...
walau, mungkin aku jatuh dalam hina
moga ku bangkit dan kembali
tadahan ku agar aku dalam jagaan ALLAH sentiasa........













Saturday, June 11, 2011

lalalalala ^_^

...بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


entry kali nie saya pkai kepala blog teman: pendambarahmat.blogspot.com

maaf yer kalau entry nie ada persamaan kepala blog
c0z lawa lak..2 y ciplak.. x taw nak buat sendiri..

entry kali nie xder benda yang menarik p0wn...tapi cam biasa ler...nak jugak merapu2..isi masa... sebut nak merapu2 nie..padan ler nga muka yang suka merapu tapi tak ada ilmu...urm...i guess i need 2 realize to stop it...sob3... -_-

MUET....is another big exam to be taken by all degree holders especially for my college right n0w... guess wat..?? actually all of students who want to further study as degree holders need to have this certificate of MUET to be in degree course...if n0pe...never ever drean to graduate..uhuk3....

this really force me to take it once again as now they mentioned that this MUET certificate just valid only in 5 years...wargh!!!!!!
i am really don't want to take it again...
guess why..?? c0z my english is really broken...
damage at all!!!!!!!!!
sob3.. -_-

the first i took my MUET test
and got the result, it was my happy time...
c0z, i will never need to face it again..
but, now i need to red0 it
uhuk3....
my degree is verified with MUET certificate..
3 years and half to graduate
then, my first MUET test is not valid after 1 year 0f this count...

wat can i do..???
just do it again...
then, the end... uhuk3...


Wednesday, June 8, 2011

sumber: http://groups.yahoo.com/group/ppimi
sumber: http://syaeirah.blogspot.com/2010/05/permasalahan-ikhtilat.html#comment-form

'IKHTILAT'

Hukum dan Dalil

Permasalahan 'ikhtilat' kalangan lelaki dan perempuan sering menjadi topik hangat dalam perbualan harian kita. Ada yang mengatakan 'ikhtilat' dibolehkan, dan sebahagian yang lain pula mengatakan tidak boleh. Ini kerana tidak ramai di kalangan umat Islam yang betul-betul memahami apa itu 'ikhtilat' dari segi hukum dan syariat, adakah ianya dibenarkan atau tidak.

Tulisan ini akan cuba mengupas serba sedikit tentang permasalahan 'ikhtilat' dari segi takrif, hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan 'ikhtilat' serta beberapa jenis 'ikhtilat' yang dibenarkan di dalam Islam.


TAKRIF

'Ikhtilat' berasal dari kalimah arab . Dari segi bahasa, ia bermaksud percampuran unta dan manusia serta binatang ternakan.

Adapun dari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanita bersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawa kepada saling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka.

Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah 'ikhtilat' ini dibolehkan oleh Islam atau tidak?

Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang diharuskan.


1) DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT


Dalil Pertama

Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.


Dalil Kedua

Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.

Dari Aisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untuk berjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalah menunaikan haji".


Dalil Ketiga

Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.

Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:

1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).

Namun, pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikan solat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinya dengan syarat:

· Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
· Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menuju ke masjid.

Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:

Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka.


Dalil Keempat

Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita

Islam telah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketika menunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiri Ka'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidak berlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah (keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan) sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersama lelaki.

Dalil Kelima

Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat).

Di sana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah.

2) 'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN

terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:

Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai.

'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.

'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah

Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.

'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam

Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.

Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.

KONKLUSI

Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Wallahua'lam.

Monday, June 6, 2011

---terHentI---

aku
hanya insan bisu yang mudah kaku
menjadi si bisu yang buntu
sang bodoh yang tersipu
selalu bertingkah maju
namun, di hujung aku sendu
kejahilan mempalit takrifan daku
aku hanya insan jahil di mata mu...

lalu mana arah tuju ku...??
aku masih kaku dan buntu
maju ku bukan dengan ilmu
penuh kejahilan dalam diri ku
saat jahil mempaliti diri ku
air mata menitis membajiri sayu
namun, apa yang aku laku...??
masih lagi kaku dan buntu....

sebenarnya.....
aku menjadi rindu
dunia persekolahan yang menerap ilmu
sama rata disentuh jua
namun, kini aku sudah dewasa
acuannya ku pilih tak semena
lalu, haluan mana aku harus tuju
aku ingin kembali ke tempat dulu
memulakan semua yang telah berlalu
aku ingin sekali mengundur haluan ku
namun, semuanya mustahil.....
rembesan air kini makin sendu

akhirnya
tatapan dan memori ingatan
terkubur dan terhenti dalam lensa
pancaran ku perlu meneruskan apa yang telah berlaku


ya ALLAH
aku tahu hanya diri MU mengenali ku
dan aku belum tentu mengenali MU
sepenuh hati ku
begitu juga kekasih hati MU
Nabi muhammad SAW....
lalu, apa yang ku miliki...???

aku jadi tak tentu...
inikah yang aku mampu
aku perlu pada panduan
lalu, aku perlu berusaha sendirian
walau, kaki ini mungkin lemah di lantai perjuangan
moga ada kekuatan untuk ku....


Friday, June 3, 2011

duNia kInI

dunia skang kadang2 buat kter ragu untuk membantu
bukan apa..tapi bler dh ada depan mata 0wang terlantar dekat tengah jalan
kat tempat sunyi, bler rasa nak membantu pun rasa cam x mahu..
skang nie, dunia dah makin bahaya
manusia dah x macam amnusia lagi
berfikiran mengalahkan binatang [maaf jika bahasa kasa]

entry sahabat:
Kalau berselisih dengan jin atau syaitan, baca ayat-ayat Allah maka mereka akan lintang pukang berlarian tetapi kalau berselisih dengan manusia dibaca ayat-ayat Allah berjam-jam pun barangkali mereka tak rasa apa-apa. Jadi, di mana buktinya "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" kerana jin apabila dibacakan ayat-ayat Allah maka mereka (yang menghuni badan manusia) akan menangis! Manusia ada ke yang menangis dengar ayat-ayat Allah, silap hari bulan ketawa berdekah-dekah memperlekehkan pembaca ayat Allah tersebut.

betullahkan kan...kalau kita jumpa syaitan nga iblis, bleh ler kter baca ayat suci al-quran
rasa nyer terkesan juga ler kan...ana pun yakin benda2 camtu...
[cam dah ada pengalamankan...tapi ada ler cikit2]
tak adalah nak menyatakan kekebalan..
tapi nie ler lumrah..kalau makhluk halus boleh ler kter halau g kan...lari ler jgak makhluk2 tu
tapi kalau manusia..?? dah kalau matlamat dyer cam tu, cam tu ler dyer kan buat..mungkin lagi teruk..
ish4...dunia nga manusia..apa nak jadikan...????

fikir2 p0wn sampai skang p0wn x habis
awak....manusia...
saya p0wn manusia...
kenapa sanggup sangat nk bersikap cam binatang nie...??? [maaf kasar]
tapi, tolonglah...janganlah menganiaya 0rang yang x bersalah
banyak lagi bnda yang boleh buat
macam yang PENCURAH ASID...
pergilah curah air lam cawan ker..p kerja kat kedai makan..
xyah ler nak p curah asid tu merata-rata
xdak faedah ler...menganiayakan 0rang jer semua tu...
awalu apa2 p0wn kisah silam yang pernah berlaku..
lupakan jer ler..jangan jadi pendendam
jadi pendendam nie sakit...!!!
2 yang boleh bertindak melampaui batas kewarasan akal...
astaghfirullahalazim

yang baling baby keluar dari rumah flat 5 tingkat
aduhai..manusia..kenapa snaggup buang si budak nie
dyer x bersalah p0wn..kalau x nak sekali pun..letak ler kat rumah kebajikan
tak pun, letak jer dpan umah 0wang..6t 0wang antar p umah kebajikan
nie lebih baik dari [.....] buang camtu
x berhak taw cabut nyawa 0wang yang dah ALLAH bagi nyawa kat dia
apalah....sedih nyer...baby tu tak bersalah p0wn...
susah sangatkah...??? mengandung dah 9 bulan kan...
xdak perasaan lagi ker...??

pelik dengan dunia
macam2 dah berlaku
rasa sayu dan pilu jer
tpi, nie ler kalau bertindak melulu....


Thursday, June 2, 2011

masyaALLAH

hari nie...pagi nie...aduhai...hampir2 jer mengalami kecederaan...drive...accident...
pagi nie ana nga family on the way ke rumah mak sedara kat sabak, kelantan.
wah3..d m00d 4 t0day is my dad get angry 2 my brother
not actually angry but 'geram' may be
2 my little brother = bongsu ler
aiyark..adik ku sape s0wh kamu p serabutkan buah tasbih yang abah gantung kat mirror tu...
aduhai..kan tak pasai2 abah dah geram...
uhuk3..

nie ler adik saya yang bongsu
masalah nyer suka jer sentuh bnda yang tak patut dyer ubah
bler dyer sentuh satu bnda...mesti jer dyer nak ubah apa2...
kui4..tangan arkitek ler..tapi..last2 jahanam jadi nyer...
kih4....

cerita nie ana ceritakan tuk pengajaran bersama
ana p0wn x aspect akan hampir2 berlaku nyer accident
even dulu pernah ler kena langgar..kui3...
sampai ler skang terkesan...
dua kali accident...
satu kena langgar motor waktu nak p belaj0r mengaji
satu g accdent naik motor nga mama kat selekoh waktu nak balik umah dari grup discussion
2 ler..mama dah cakap x yah p..
sape s0wh tunjuk rajin
duk ketegaq gak tu...
nak p wat grup discussion..kan dah kena..
tapi nangis ler..c0z tgk accdent kena kat mama
tapi nasib baik takdak pe2 jadi nga kami...

huhuhu...
accident nie kali nie p0wn
alhamdulillah selamat...
apa2 p0wn...
ana sedar jangka masa hidup kita..rasa nyer cam singkat sangat2
tapi, ana selalu d0akan
kami sekeluarga agar husnul khatimah...
amin...




Wednesday, June 1, 2011

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

salah dakU

atas rasa jahil diri,
aku sebenarnya terlalu jauh dari kebenaran hakiki,
tersasar di jalan MU ya ALLAh
hingga aku tahu bahawa khilaf diri sukar sekali dimengerti...

d0sa ini menggunung tinggi
hinanya apa yang ada dalam diri
kerna jahilnya hati
ketaksuban dengan duniawi....
hingga aku alpa dan leka meniti
akhirnya aku sendiri yang melukai
lalu, aku sedar bahawa semuanya terhenti
berhenti buat selama-lamanya....

kini
sudah tiba masa aku menyendiri
memerhati indah alam ciptaan MU lagi
menyedari titian ku perlu mendapat rahmat MU ya ILAHI
lalu, aku ingin berhenti
aku mengharapka kekuatan dari sisi MU ya ILAHI...

amin ya RABB
m0ga terhenti semua khilaf diri...
azam RAMADAN yang bakal menjelang tak lama lagi...