IkTIbar dIrI

entry kali nie ana kisarkan sepanjang perjalanan ana ke kelantan
pulang ke halaman kampung tercinta
berjumpa dengan mereka yang sentiasa bersama-sama dengan ana...

 
jalan nyer satu...
kami semua dalam satu haluan 
namun, berbeza destinasi masing-masing....

dalam hal nie jugalah ana sedar bahawa kita manusia lahir dengan satu hala tuju yang sama
namun destinasi terakhir kita berbeza
berdasarkan ukuran dan timbangan amalan yang kita bawa....

YA ALLAH,
dalam hidup ini pun ENGKAU telah menyedarkan daku..
dalam perjalanan menuju kampung halaman ku
lalu ku lihat di tepi dan sekeliling di penuhi pokok-pokok rendang
papan tanda yang menjadi panduan perjalanan....
begitulah hidup
bahawa ALLAH telah memberikan panduan yang benar AL-QURAN kepada hambaNYA sebagai panduan yang benar agar tdak tersasar di perjalanan....
namun, masih ada yang ingkar mematuhinya....
masing-masing mempamerkan ego tersendiri....
seperti itu jugalah dalam perjalanan di jalan raya
ada yang tidak bersabar lalu mengundang bahaya
ada yang alpa dan lalai
sehingga meragut nyawa......
kelalaian dan puncanya ada pada kita...
astaghfirullahalazim....
panduan sudah ada di depan mata
depaan tangan dan capaian mana yang kita ingin gapai....
destinasi terakhir yang selamat atau berakhir dengan merana dan sengsara...
penentunya adaLah KITA!!!!!!!!!!



dalam kewajaran hidup kita, masalah...cabaran.. seringkali datang bertandang...
KESABARAN juga menjadi kunci kepada pintu menuju jalan yang bahagia dan harmoni serta bahagia....

sebenarnya kitalah penentunya...
jadi apakah pilihan kita
bahagia di dunia...???
atau bahagia di sana akhirat....!!!???
pilihan bijak harus dibina....



pencarian jalan yang benar juga diperlukan untuk menhadapi cabaran ni
kegagalan kita adalah berpunca dari kita
jadi, jalan mana yang harus kita pergi dan susuri....???




No comments: