Monday, April 23, 2012

QIAMULLAIL


assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca.. 

nukilan kali ini atas dasar rasa sedar dan iktibar untuk ana [maaf la..rasa macam nak tukar bahasa diri... mohon diterima semua...] kongsi bersama teman-teman pembaca mahupun yang terbaca post nie.. [tq 4 visiting my blog yg x seberapa nie]

nukilan ana mungkin tak seberapa, tapi keinginan untuk ana kongsi bersama-sama dengan sahabat-sahabat ana membuatkan ana tertarik untuk mencoret jua. tajuk post ana sudah terang2 nyata berkaitan QIAMULLAIL

sememangnya setiap manusia itu berbeza amalannya, namun, biarlah kita sama2 dari hari ke hari meningkat bersama. mungkin kadangkala kita juga ada jatuhnya, jangan mudah putus asa. [ana sendiri akui kelemahan diri, kadangkala iman tu turun naik jua.. tp itulah, salah diri sendiri juga.. jadi, jom kita berjuang sama2]. 

ana akui senggang masa di dalam bilik berhadapan dengan komputer riba, membuka laman sosial dan melihat butiran perkongsian yang menarik jiwa. pagi ini, ana tertarik dengan perkongsian seorang sahabat di laman sosial. dia berkongsi sebuah video berkaitan tajuk post ana kali nie.. jom kita tonton sama2. semoga kita ambil pengajara... ^ ___ ~



ulasan daripa retina mata dan deria dengar ana:

dulunya diri ku tidak mengerti 
dengan setiap butiran meresap telinga ini
daku tahu, tapi tidak ku laku
jarang-jarang dan terkadang-kadang
pernah buat tapi tiada kekalnya
rupanya hati ku masih sakit mengejar dunia...

amalan sunat rupanya penuh makna
amalan sunat bukan untuk orang yang beriman
tetapi untuk hamba yang mencari iman
mungkin yang wajib itu belum ku sempurna
namun yang sunat yang akan mendidik jiwa
antara cinta seorang hamba dan Pencipta...

daku tahu ya ALLAH
terkadang ku hadir dalam kealpaan dan leka
kerana aku tidak mampu memisahkan pemikiran dunia
dalam mengahdapmu..
namun, aku mencari kekhusyukkan itu..
moga diketemu...

amalan sunat itu satu tarbiyah halus
meresap jiwa selain amalan kewajipan buat manusia
rintihan dan talian antara Pencipta
agar tiada putus hubungannya
mencari tautan saban masa 
tanpa mengira kedinginan yang dirasa
bangun menghadap sang Pencipta
meraih rasa khusyuk dan erti sabar dalam jiwa
kerana apa...?
kerana mampu melawan nafsu lena
daripada keenakan dunia yang sementara....



p/s: ana bangga dan ucapkan sekalung tahniah buat mereka yang mampu mengekalkan dan mengamalkan ibadah ini.. moga kalian istiqamah.. insyaALLAH ana juga mencar erti keberkatan dan iktibar buat diri agar mampu memperbaiki... 

ya ALLAH ingatkan daku dan bangkitkan jasad serta roh ku dalam bangun menghadap Mu....amin ya ALLAH..
mencari sesuap kesabaran.... ^ ___ ~ [jom sama2 kita] 


No comments: