Saturday, November 26, 2011

kaLian seMua baIk-baiK


resah penantian kerana pemikiran tentang menghadapi cabaran dunia
makin lama ku kenali dunia yang dipenuhi dengan manusia
diri ini jadi malu..malu kerana kalian semua baik daripada diri ku
namun, yang ku tatap dan hadap erti syukur dan pengharapan
agar sekelumit dan secebis kesucian itu mampu manjadi acuan diri
tapi..diri ini sedar bahawa diri tidak mampu
kerana jurang keberadaan ku terlalu dalam terjunam dalam lembah kehinaan
sedangkan kalian berada di permukaan atas sana
diri ini lebih rela menghina diri sendiri daripada diri terus menghina orang lain
diri ini akui...seringkali diri tidak mampu berlari
terlalu dekat dengan bualan kosong tentang sahsiah peribadi yang lain
menjadi bahan perbicaraan hinggakan berlalu masa dan keadaan...
akhirnya perbicaraan menjadi kosong tanpa erti

cerita hal sahsiah dan penilaian manusia
mudah sekali dituturbicarakan
tapi diri seringkali lupa bahawa setiap manusia itu tidak sempurna
rancak berbicara mengatakan peribadi manusia
sedangkan diri ku tahu dan tahu
umpatan itu seperti memakan daging saudara sendiri
diri ini masih lagi seperti itu dan ini

kini tahun baru bermula lagi
mampukah kesedian sahsiah ini mampu ku garap
agar menjadi permata dan bukannya kaca...




akhirnya lena kerana kelelahan terlalu banyak lidah yang ku cabangkan
lidah tidaklah bertulang tapi rupanya diri ini petualang
menjadi petualang kepada kelemahan diri
rasanya diri masih lagi belum sempurna
mencari kesempurnaan yang takkan diri ini ketemukan




ucapan kata:

terlalu banyak keindahan yang tersergam di mata
lalu jangan dipandang pada luaran
kerana peribadi ku terlalu hina
dan
ketahuilah...
KALIAN LEBIH SEMPURNA....

maaf ku pinta jika nukilan pernah mencuit rasa
membuatkan kalian tidak selesa
lalu mendatangkan pelbagai rasa

akhirnya diri ini perlu tidak terlalu memikirkan
tidak perlu bertanggapan dengan pelbagai perasaan dengan segenap tindakan
kerana tanggapan bukanlah memberikan kesahihan
tanggapan negatif hanya akan memudaratkan keharmonian....



Monday, November 21, 2011

benarkah langkah ku..??

IKHLAS
ertinya tak terungkap oleh bibir
bukan hanya sekadar
"AKU LAKUKAN __________ INI IKHLAS KERANA ALLAH SWT"
walhal dalam hati hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI
terlalu banyak persoalan hingga tak terjawab dan terungkai

'asyik aku jer nak kena buat nie...kau nie kan _____'
'apasal aku..aku...aku...dia...??'
'ish...dia nie barang aku jer dia nak pinjam, kalau barang dia....'

macam-macam lagi bicara hati dan pemikiran kita sebenarnya
tapi hanya tak terluah kepada si dia
yang apabilamana kita berhadapan
semuanya kita sembunyikan demi menguraikan ketegangan
dan
akhirnya....
KESABARAN menjadi pendamping kekuatan

namun...sebenarnya pengorbanan dan pemberian kita
sudah tiada makna lagi
KEIHLASAN tiada menjadikan segalanya hanya sia-sia

p/s: masih mencari erti ikhlas sebenar..kerana sukar diketemukan...


TERASING...MENGASINGKAN...
sombongkah diri jika diri memilih jalan sunyi sepi
daripada erti teguran sesama bukan ajnabi
hinakah diri jika jalan ini tidak tertoleh kepada mereka ini
salahkah diri...??
perlukah diri berubah kerana hanya tanggapan manusia
kerana keinginan manusia

bagi diri
cukuplah sekadar pegangan
MENGHALANG LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT

pergaulan antara bukan ajnabi kini makin ku lihat menjadi kebiasan
diri bukanlah sebaik dan sekuat iman pejuang ISLAM
bukan penuh ilmu agama
tapi cukup sekadar pegangan dan iktikad
walaupun mana keadaan yang terjadi
hubungan sesama bukan ajnabi haruslah dikawal rapi
ini peringatan buat diri
cerita dan persepsi dunia kini yang akan diutarakan
bukan bermaksud menghina dan mengaibkan kehidupan
dan bukan mencari kesalahan
tapi peringatan
kerana diri ini juga pernah melakukan khilaf....



bicara dunia kini:

  1. aku mendengar wanita masih tidak segan silu berhubung dengan lelaki bukan ajnabi melalui telefon..mesej...dengan panggilan SAYANG...dimulakan dengan persahabatan seterusnya beralih arah

  2. menjadikan medium internet satu medium hangat...webcam menjadi sandaran...sanggup berlingkup dengan menutup aurat...
    "wahai wanita...sejahil diriku..aku masih belajar...aku jua pernah..tapi aku sedar segalanya...khilaf perhubungan ini secara maya...ditambah pula kalian berhubung kerana benih jalinan rasa kasih dan sayang...bukan sekadar keharusan"
    fikir2kanlah...

  3. keluar kalian barisan wanita dengan lelaki...bersuka ria dan bermandi manda
    yakinkah pakaian mu akan menutupa urat mu dikala kebasahan...??
    aku juga menyesal dengan apa yang aku lakukan...

  4. wanita..kalian seharusnya bekadaran sedar bahawa hubungan keluar bersama mereka yang bukan ajnabi harus diselengara..bukan diatur dengan sewenangnya

    justeru itu, diri ini lebih memilih terasing daripada semua ini
    tidak ku ketahui..mana harus ku dahulukan rasa hormat kepada siapa
    kerana ku tahu ilmu ku kurang
    namun, cukup sekdar ikitikad ku tentang perkara ini
    agar ia akan terus menghalang diri..

  5. wanita...ketahuilah kerubung labuh mu menjadi pertikaian bicara yang memerhati
    bukan niat menghina atau memaki...tapi ku lihat berbeza sekali
    ilmu mu juga dipertikaikan lagi...
    ini pengajaran buat diri
    kata mereka: ilmu ada, tetapi berbeza dengan telatah
    jawapanku: setinggi mana ilmu dalam jiwa mereka, jika tidak diamal jua sia-sia
    manusia ini selemah-lemahnya
    saban masa akan melakukan dosa
    walhal mereka tahu dan tahu itu adalah DOSA
    manusia tidak sempurna....

    [alasan inikah yang perlu ku tabur...buat jua diri..rasanya hidupku penuh dengan alasan]


  6. wanita...
    berkasih dan bercinta dengan bukan ajnabi
    jika akidahnya dijulang tinggi...
    ilmunya mampu memacu dirimu di dunia dan akhirat nanti
    tidak ku halangi
    namun...sebenarnya cara kalian membuatkan aku sendiri menarik kaki daripada
    menghampiri..aku juga hilang kata dan fikiran...jadi tertanya-tanya dengan semuanya

pernah diperkatakan kepada diri:
JODOH takkan datang tanpa usaha
diri jadi terusik..tapi kini kembali kepada pegangan iktikad diri
HALANG LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT
jika perlu ku usahakan jodoh itu
hinggakan diri hampir malnggari batas-batas yang ditetapkan
rasanya tidak perlu
kerna ALLAH MAHA MENGETAHUI
dan DIA PENENTU SEGALANYA....


p/s: sekdar coretan peringatan..segala teguran dan khilaf dalam penulisan mohon kemaafan..teguran amat dialu-alukan...