Sesuatu yang makin ku rasa hilang,
Lesap dari pandangan jiwa,
Hati ku resah gundah gulana,
Mata ku mula berkaca,
Pena ku mula menari tanpa diduga
tinta ku mula berbicara....
dalam dunia yang ku huni
terlalu banyak aku menghina diri
samada aku sedar atau tidak
dulu taman bunga ku jagai rapi
namun kedewasaan menceroboh rakus
aku kalah dalam pertempuran
aku ingin bangkit kembali
teguh kekalkan cinta pada ILAHI
tetap cinta pada RASULULLAH pengarang hati...
saat RASULULLAH menyahut seruan ILAHI
aku tiada di sisi baginda
bersama sahabat dan anak tercinta, FATIMAH
namun, saat aku menghayati bait tinta
mengenang pemergian baginda
aku menangis lagi....saban hari...
aku masih lagi mencari
kebenaran yang tetap aku nanti
aku mencari IMAN pendamping diri
ISTIQAMAH penghuni hati
TAUBAT NASUHA butiran diri
AL QURAN tasbih hari
SUNNAH ingin ku fahami
RAKIB dan ATIB penjaga diri
MASJID kediaman hati
DERMA penyuci rezeki
KESABARAN penyuluh diri
KEMAAFAN taburan ku beri
KEBENCIAN ku rantai tak bertali
PERTOLONGAN ingin ku bajai
ingin ku rebut cinta ILAHI
walau aku tahu diri tak sebaik mana
walau ku tahu betapa hina nya cinta ku
tidak layak kepada MU
namun...aku masih menaruh cinta
kerna aku tidak ingin meletakkan cinta
bukan kepada adam yang benar
kerna dia pasti akan kecewa
mengetahui cinta ku terbahagi terlebih dahulu
kepada bukan yang hak selain darinya
justeru, cinta ku hanya pada dia
selepas MU YA RABBI
RASULULLAH penghulu kami
mama pejuang ku
abah pendamping mesra....
keluarga ku cintai...
ku nanti 'adam' penghuni hati
selepas akad nikah terlafaz jua
cinta ku selepas itu semua
bukan cinta mutakhir kini
ingin ku mahkotakan cinta
kepada si dia yang layak bertakhta
biarkan ALLAH menentukannya
jika belum tiba...biarkan sahaja...
aku tetap masih merasa cinta...
cinta ALLAH, RASULULLAH, mama, abah dan keluarga....
cinta mereka berharga....
tak mampu ku cari ganti...
No comments:
Post a Comment