dia teman yang aku kenali
membawa aku kepada ingatan ILAHI
kerna dia aku hampir menitis lagi
air mata ku berkaca tanpa aku mampu bertahan diri
menyisip mem0ir kisah idup dia
membuat aku tertanya-tanya
apakah aku sebenarnya...???
lalu jawapan itu tiada dalam minda
kelu lidah tuk berkata-kata
kerna dia teman ku yang membina
telah berlalu masa ku dan dia
kini aku bersama dengan yang lain pula
pelbagai ragam dan rupa
membawa aku kepada kehidupan dunia
lalu aku mengenali pelbagai rasa
makin hari pelbagai dugaan menimpa
namun ketabahan harus ku bina
bersama kekuatan si dia
telah ku lihat keajaiban tangan dia
membina kekuatan mencipta insan dunia
menyerap baja iman di jiwa
buat insan bergelar anak didikannya
lalu, masa aku harus bila...???
kini aku buntu dan kaku
terasa semua yang ku laku tak bernyawa
di mana baja yang ku harus guna
agar jiwa insan terbina...
lantaran itu, aku menitiskan jua
air mata yang mudah ku jirus di dunia
aku sesal dengan diri ku sendiri
makin hari aku hilang dalam palitan indahnya dunia
No comments:
Post a Comment