Friday, February 25, 2011

~ BaiTuL musLim ~

assalamualaikum w.b.t. pada semua pembaca

"andai padi katakan padi,
tidak aku tertampi-tampi,
andai jadi katakan jadi,
tidak aku ternanti-nanti"


an-nikah @ az-zawaj dikaitkan dengan baitul muslim. lalu nail0far penyatuan antara dua muhrim yang sudah menjadi ketetapan ALLAH SWT dalam soal jodoh termetrai dengan lafaz nikah sang adam dan penerimaan dari si hawa yang merunduk malu. persetujuan keluarga menjadi penaik seri kebahagian bersama.

hadis riwayat Abu Hurairah yang menyebut Rasulullah bersabda:

"setiap anak adam ditulis baginya bahagian daripada zina. Dia pasti melakukannya tanpa boleh menghindari; zina mata adalah memandang, zina lisan adalah berbicara, zina telinga adalah mendengar, zina tangan adalah menggunakannya, zina kaki adalah melangkah, jiwa berhasrat dan berhasrat, kemaluanlah yang membenar dan mendustakannya".




hadis riwayat Ismail bin Muhammad bin Sa'ad bin Abi Waqqas melalui bapanya, daripada datuknya yang berkata bahawa Rasulullah bersabda:

"empat perkara termasuk tanda kebahagian ialah memiliki wanita solehah, tempat tinggal yang lapang, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa. juga empat perkara termasuk kesusahan (derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk"

Islam menggalakkan perkahwinan yang merupakan jalan memenuhi fitrah serta naluri manusia. perkahwinan adalah jalan selamat dan terbaik dalam menyelesaikan resah naluri manusia.

jagailah hati jangan menggadai diri.

pesan pada jasad ini, jangan dinodai.
jagalah diri dalam menyusuri duniawi
kerna yang hakiki masih belum diketahui




10 tanda kita wajib berkahwin:
  1. sunyi di hati walaupun di kelilingi ramai orang
  2. kehidupan yang tidak terurus
  3. jiwa menjurus kepada lawan jantina
  4. hilang fokus apabila wujud lawan jantina
  5. cemburu melihat kebahagian orang lain
  6. wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
  7. jatuh cinta pada seseorang
  8. desakan hawa nafsu
  9. beronani
  10. dorongan untuk melakukan hubungan intin
sesungguhnya, DIA menjadikan setiap insan itu berpasangan. Padanya terhimpun keberkatan yang ditunjangi rasa kehambaan. Mahabbah wa rahmah menjadi anyaman kasih berpanjangan.


No comments: