Saturday, April 30, 2011
pesan si ibu
pasti indah diulit lena bersamaNYA di syurga... Adakah kalian sudi menuju ke bumi untuk menemui diriku?
Umi masih disini menanti kehadiranmu....
Anak anakku.. umi tidak akan pernah jemu menunggu... setiap kali umi terlihat sosok anak kecil...
adakah begini si cilik kepunyaanku nanti?
Dalam tahajud doa di keheningan malam...
umi tidak henti henti mendoakan kalian.... agar kalian didatangkanNYA di dunia ini, untuk menemani umi dalam perjalanan hidup yang panjang....
Anak anakku... mungkin ALLAH mengetahui bahawa umi tidak cukup untuk menerima keberadaan kalian
kerana umi ini insan yang lemah, umi tidak mampu menjadi sehebat masyitah ...
Akidahnya tidak pernah tergugat tika berdepan Firaun durjana,
Tawakal meninggi buat Tuhan ya Rabbi, meyakini nikmatnya syurga hakiki...
ALLAH SWT juga Maha Mengetahui anak anakku...
Umi kalian ini tidak sehebat Siti Hajar...
Betahkah diri ku ditinggalkan di padang pasir sedangkan ujian dunia yang terlalu sedikit sudah tidak mampu ku tempuhi
Ataupun ALLAH SWT mengetahui bahawa umi kalian ini bukanlah seperti Fatimah Az Zahra ....
Zikrullah menjadi mainan dibibirnya tatkala keletihan...
Dia tidak pernah mengalah dalam mengharungi hidupnya... tetapi umi kalian ini mudah goyah apabila kesihatan diri menjadi taruhan...
Anak anakku...
Umi teringin sekali menjadi seperti Asiah, menyelamatkan Nabi Musa yang terbuang,
kesabaran tinggi atas nama keimanan, rela berkorban demi agama, sehingga digelar Ratu Syahadah.
Namun anak anakku, apa yang umi takuti, umi tidak ikhlas untuk melepaskan kalian, kerana umi juga seorang manusia....
Anak anakku....
Ku ubati kerinduanku pada kalian dengan mengisi waktuku mencari cinta Rabbul Izzati..... Perjalanan dakwah umi terlalu panjang... maka umi begitu memerlukan kehadiran kalian, agar roh perjuangan itu bisa diwariskan.... malah kalian bisa dijadikan saham untukku di akhiratNYA kelak
Jika kalian ditakdirkan menemui ku di dunia, izinkan diriku menginfaqkan diri kalian pada perjuangan ISLAM. Kerana diriku ini tidak mampu berbuat sedemikian.... Adakah kalian benar telah bersedia? Sebelum kalian diturunkan ke bumi, ingin ku titipkan pesanan buat kalian bahawa dunia ini hanyalah persinggahan, janganlah kalian mudah terpaut dengan perhiasan dunia yang hanya tipu daya semata mata...
Betapa umi ingin sekali menjadi seperti Ummu Sulaim, mengkaderkan putera kesayangannya hanya untuk perjuangan dakwah.... Adakah kalian bersiap siaga sedemikian wahai anak anakku... kerana keberadaan bersama umi nanti, tidak akan segalanya indah, pasti ada mehnah dan tribulasinya..
Anak anakku....
Sekiranya perancangan ALLAH adalah sebaiknya... kalian ditakdirkan tidak ditemukan denganku di dunia, maka ku bermohon agar diriku menjadi sesuci Maryam. Izinkan aku melahirkan kalian di syurgaNYA.
Betapa indahnya memiliki anak anak akhirat.... yang suci dari noda dan dosa...
Teruskanlah bersemayam di syurgaNYA anak anakku...
sehingga DIA mentakdirkan diri kalian bertemu denganku....
Seorang Umi
Thursday, April 28, 2011
`besYukUr'
ya ALLAH
aKu hamBa MU yang selalu alpa
dalam nikmat yang engkau berikan
kerna diri mudah terlalu berbangga
lupa asal diri yang dahulu dan selamanya....
ya ALLAH
ALHAMDULILLAH ku panjat kepada MU
menghadirkan insan yang mampu menasihati daku
dalam kusut minda yang ebrlaku dalam diri ku
kerna, aku tahu aku insan yang lemah dalam hidupku
moga, aku mendapat kesedaran dan kekuatan untuk terus maju
malah mensyukuri nikmatMU yang daTang tidak terbILang oleh jemari ku....
ya ALLAH
engKau sedarkan daku dengan pemberian nikmat MU
engkau datangkan dia dalam menyedarkan aku
erti kesyukuran yangs ebenar harus aku tahu
bahawa aku adalah orang yang bertUah daLam bumi MU...
ya ALLAH
dia datang mengajar aku erti matang
bahawa matang mu dibentuk dari kekuatan emosi
datang dari kebijaksanaan serta kesyukuran terhadap diri
mula menyedarkan daku bahawa dalam hidup perlu bertoleransi....
ya ALLAH
terlampau khilaf aku dalam dunia ini
bahawa aku menganggap diri ku tiada apa
walhal, terlamapu banyak nikmat pemberian YANG MAHA ESA
dalam diri yang serba hina....
aku masih punyai keluarga...sedangkan ada teman yang sudah pincang ianya
aku punya anggota badan yang sihat...sedangkan ada yang derita di balik kesengsaraan yang diterima
aku punya negara aman dari perang...sedangkan saudara ku ada yang menanggung derita
aku punya teman yang bersama..sedangkan ada yang sukar memiliki teman buatnya
aku punya pelbagai nikmat yang ENGKAU kurnia
tak tersenarai dalam kalam warkah bicara.........
ya ALLAH
moga aku dikuatkan dalam mengingati MU
melebihi segala yang aku miliki
dan tetapkan hati ini
untuk tetap mencintaiMU
dan terus menyayangIMU
dan ENGKAU labuhkanlah cintaku, hanya ke atas orang yang halal atas diri ku
bukan atas dasar pincangnya hemburan sayang sang adam pada ku.....
ya ALLAH
terapkan dalam hati ku
kesyukuran terhadapMu saban waktu
m0ga aku tidak lupa asal ku.....
amin YA RABBALALAMIN.....
Wednesday, April 27, 2011
' h0T chaT '
Monday, April 25, 2011
` yanG daKu pelaJAri `
kadangkala kita hidup atas muka bumi nie, kter dh cuba yang terbaik tapi kadangkala semua nyer jadi x sempurna dan dipersoalkan serta dipertikaikan...tapi nie lah y mengajar kter utk perbaiki diri...walaupun sebenarnyer kter rasa dh cuba yang terbaik...
sebenarnyer..saya pelajari sesuatu...
kita dh vuba y terbaik..cuba menutup semua yang menyakitkan diri owang tapi owang x nmpak usaha kita bler dyer rasa dyer sakit...
kter p0wn dh cuba..cuba utk faham...
tapi kter juga silap...bhwa orang juga sukar utk faham dan menerima serta menilai apa y kter buat...
jadi, apa2 p0wn hargai usaha kter
kalau dh semua nyer sukar dan masih ada jalan keluar..
pilih ler jalan yang terbaik..insyaALLAH ada ler jalan nyer...
KTER X KAN MAMPU PUASKAN SEMUA
TAPI SYUKURI DAN HARGAILAH DIRI KITA
ORANG AKAN PERTIKAIKAN MACAM2 PASAI DIRI KITA
TERIMALAH DENGAN HATI TERBUKA
DAN PERBAIKI DIRI
WALAUPUN KTER RASA SAKIT
MUNGKIN ORANG LAIN JUGA SAKIT LAGI DARI KITA
JADI, SAMA2 KTER CUBA YANG TERBAIK
XKAN BERLAKU PERUBAHAN, KALAU TOLAK ANSUR HANYA DARI SEBELAH PIHAK
DAN MEMAHAMI DARI SEBELAH PIHAK
JADI, MARILAH BERFIKIRAN P0SITIF...
WALWAHUA'ALAM....