Thursday, April 28, 2011

`besYukUr'

ya ALLAH

aKu hamBa MU yang selalu alpa

dalam nikmat yang engkau berikan

kerna diri mudah terlalu berbangga

lupa asal diri yang dahulu dan selamanya....


ya ALLAH

ALHAMDULILLAH ku panjat kepada MU

menghadirkan insan yang mampu menasihati daku

dalam kusut minda yang ebrlaku dalam diri ku

kerna, aku tahu aku insan yang lemah dalam hidupku

moga, aku mendapat kesedaran dan kekuatan untuk terus maju

malah mensyukuri nikmatMU yang daTang tidak terbILang oleh jemari ku....


ya ALLAH

engKau sedarkan daku dengan pemberian nikmat MU

engkau datangkan dia dalam menyedarkan aku

erti kesyukuran yangs ebenar harus aku tahu

bahawa aku adalah orang yang bertUah daLam bumi MU...


ya ALLAH

dia datang mengajar aku erti matang

bahawa matang mu dibentuk dari kekuatan emosi

datang dari kebijaksanaan serta kesyukuran terhadap diri

mula menyedarkan daku bahawa dalam hidup perlu bertoleransi....


ya ALLAH

terlampau khilaf aku dalam dunia ini

bahawa aku menganggap diri ku tiada apa

walhal, terlamapu banyak nikmat pemberian YANG MAHA ESA

dalam diri yang serba hina....

aku masih punyai keluarga...sedangkan ada teman yang sudah pincang ianya

aku punya anggota badan yang sihat...sedangkan ada yang derita di balik kesengsaraan yang diterima

aku punya negara aman dari perang...sedangkan saudara ku ada yang menanggung derita

aku punya teman yang bersama..sedangkan ada yang sukar memiliki teman buatnya

aku punya pelbagai nikmat yang ENGKAU kurnia

tak tersenarai dalam kalam warkah bicara.........


ya ALLAH

moga aku dikuatkan dalam mengingati MU

melebihi segala yang aku miliki

dan tetapkan hati ini

untuk tetap mencintaiMU

dan terus menyayangIMU

dan ENGKAU labuhkanlah cintaku, hanya ke atas orang yang halal atas diri ku

bukan atas dasar pincangnya hemburan sayang sang adam pada ku.....


ya ALLAH

terapkan dalam hati ku

kesyukuran terhadapMu saban waktu

m0ga aku tidak lupa asal ku.....

amin YA RABBALALAMIN.....

No comments: