Sunday, October 16, 2011

haTikU terLaLu keJi

mendengarkan kisah mereka yang baik sekeliling ku
rasanya terlalu hina hati ini
kerana lama kelamaan kaki ini dan jasad nie makin lama makin alpa
kerana semua benda terasa indah
rasanya hati ini terlalu HITAM
palitan noda umpatan, cacian, penghinaan
malahan rasa sakit yang merobek jiwa



mengubati rasa sakit dan palitan hitam ini
masanya terasa lama kerana semuanya terlalu sukar
kerana apa..??
IMAN ku rupanya terlalu senteng beerbanding mereka
kerana aku rupanya terlalu bermasalah
HATI ini terlalu HITAM...




rupa-rupanya jalan kita tak sama
kerana mungkin aku terlalu mengejar dunia
mungkin jua aku terlalu disakiti
kerna mungkin aku jua menyakiti
aku terlalu singkat di sini
mencari jalan ku sendiri
terasa ingin mencari sahabat yang mampu membimbing diri
menjadi sang pendengar yang mampu menenangkan
mencari hikmat nasihat buat hati
agar sentiasa teguh menghadapi....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hati ku terlalu hina kerana segala yang terjadi
kerana diri ku terasa disakiti
kerana aku jua menyakiti hati
sudah lama ku melangkah di laluan ini
penat dan kelam rasanya untuk ku hadapi
jalan yang ku huni rupanya sendiri
peneman itu sukar ku perolehi..

mata dan jasad ini lelah dalam helaan diri
mencari sesuapan untuk kekuatan diri
saban hari cuba berfikiran positif
walau diri terasa diselubungi dengan keterasingan lagi
salahnya pada diri
kini, rasa keterasingan itu menghalang lagi
kerana hati membuah rasa membina fikiran tak semena
akhirnya, segalanya terhalang untuk perubahan yang membina
kerana aku bukan si bidadari yang suci hatinya

berjalan dalam dunia ini
mengundang kelalaian dan rasa ujian menyakiti diri
kerana semua yang terjadi ini
membuatkan ku sendiri
dan aku tetap mencari kekuatan
harus bagaimana untuk ku berhadapan...?
kerana ingin seperti biasa
tapi aku tak mampu
dan ianya seperti tiada calitan gubahan yang ku harapkan...


P/S: pincangnya dari diri..tapi jujur aku masih lemah untuk sempurna berubah
kerana mengingati setiap yang terjadi
[hati ku tidak sebersih hatimu]

No comments: