Tuesday, February 22, 2011

sedih...sediH..Sedih...

assalamualaikum untuk semua yang membuka warkah blog ana...

dalam menyusuri hidup, ana perhati dan teliti...
ana pun insan yang bukan sempurna dan selalu leka dan lalai
yang selalu mencari dan terus mencari...
menilai perkara disekeliling bukanlah kelayakan diri
namun akal ana suka mentafsir apa yang berlaku...
ana hanya insan kerdil yang tak mampu menjaga akal mentafsir
walaupun seringkali akan dipertikaikan diri
"adakah terlampau baik diri hingga mampu mentafsir orang lain..?"
tapi akal ana tidak mampu berhenti dan terhenti....

hari ini dalam menjadi penuntut
ana terfikir atas perilaku seorang pensyarah non-muslim
yang berhenti sendiri apabila azan berkumandang
lalu, ana terfikir dalam kita susuri hidup
dalam hidup berasrama, macam mana kehidupan di asrama
ana juga penuntut...menetap di asrama...
kebiasaannya, pelajar yang beragama ISLAM sendiri
meletakkan azan yang berkumandang hanya sekadar pemahaman tanpa sebarang rasa hormat
dalam masa hanya beberapa minit sahaja..mulut yang ALLAH beri dan kurniakan
tak mampu terkunci buat seketika...
tunggu suatu masa bila mulut akan terkunci kekal dan hanya jasad dan anggota badan sahaja yang bercakap.....
lalu...ana tanyakan...adakah itu yang kita nantikan...???

sedih ana lihat apabila umat ISLAM sendiri tidak cuba mencuri masa dan mengunci mulut seketika dalam memberikan tanda kita menghormati azan...
sedih..sedih..sedih..
belajarlah MENGHORMATI dalam hidup inie...
walaupun sukar...
jadi cubalah kita renungkan....ana yakin semua yang bergelar ISLAM amat memahami dan sentiasa didedahkan dengan perkara ini...

"HORMAT AZAN"

Monday, February 14, 2011

~ rasA ku~

warkah pena kali ini ingin ana rungkai apa yang dirasa tapi tak mampu digunakan deria lidah ini hanya mampu mengguna tafsiran hati dan akal yang ALLAH beri
kalam ana kali ini bertaut menceritakan perihal wanita kini
perkongsian atas dasar kepentingan bersama
sebagai wanita penghias alam dunia
penghuni hati sang adam nanti
walau belum diketahui
lalu biar menanti...

ana melakarkan warkah berasaskan "MENCARI PASANGAN HIDUP"
karya Ustaz Emran Ahmad
buku ini mempalitkan rasa tertarik bukan atas persediaan menjadi penghuni pada yang hak
namun, atas lantaran kerna perlu memahami dan mengetahui
ana masih lagi dalam alam kanak-kanak walau usia sudah menjangkau masa
lalu, harus dimengertikan hati walau akal dan mata tidak pernah mempeduli...

ana petik dari kulit buku
"sesungguhnya DIA menjadikan setiap insan itu berpasangan. padanya terhimpun keberkatan yang ditunjangi rasa kehambaan. mahabbah wa rahmah menjadi anyaman kasih berpanjangan"


Thursday, February 3, 2011

~ t0L0ng ~

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Monday, January 31, 2011

~ ceRia ~



slot kali ini ana gambarkan kecerian dalam ketenangan dan kedamaian dalam lafaz kalimah tasbih cinta ALLAH yang ana rindui...
butir bicara kali ini, ana tinggalkan dengan ungkapan dibawah
agar dapat ditatap bersama sesama insan bergelar wanita selaku insan istimewa
dalam gambaran dunia mahupun yang kekal di sana




~ lalu anak gadis dan wanita di luar sana, pilihan ada di tangan kita semua...kita yang memilih dan menentukan hala tuju dan ke arah mana harus kita lalui~

ALLAH telah datangkan petunjuk dan rahmatNYA melimpah ruah tanpa mengungkit setiap yang diberi...
ALLAH telah banyak memberi tanpa minta ganti
hanya IMAN terhadap ALLAH yang DIA nanti
bukan wang yang jua bukan milik diri
sedarlah apa yang kita miliki
bukan hak kita yang hakiki
lalu tidak perlu dibangga dan disanjung tinggi
kerna pasti semua akan ditarik kembali..


Sunday, January 30, 2011

~kegeRsangan ~


YA ALLAH kau uji hati ini dengan ketetapan sesuatu yang ana sendiri tak tahu harus ungkapkan bagaimana...
segalanya berlaku tanpa diduga dan dirancang, terlalu cepat dan drastik rasa nyer...akhirnya, ana harus redha tanpa harus menuturkan bicara kata...

walau hati ana tersentap...tapi itu bicara bonda...
menetapkan ana mencari j0d0h hanya asal dari negeri tercinta
memudahkan setiap urusan yang ada lantaran kesihatan abah yang tak mengizinkan semuanya
tiba2 jiwa menjadi sebak jua
kerna cinta yang ana cari bukan berdasarkan negeri tapi iman dalam hati...
andai iman tiada apa guna ikatan halal ini semua...
rasanya tiada makna tuk semua ini...



YA ALLAH jika ini ketetapan yanng telah ENGKAU tetapkan atas butir bicara bonda...harus bagaimana ana memilih si teruna yang menghuni jiwa...???
ciri ana bukan pada negerinya...tapi IMAN dalam jiwanya...
ana buntu diakhir susur kehidupan ini YA ALLAH
rasa berat kepala...dan tak terduga ats apa yang berlaku ini
ana mencari kekuatan dari MU YA ALLAH
moga ada kekuatan yang hadir...


kata teman ana "jangan bersedih, kuatkan semangat dan ikut kata bonda, kerna dia yang melahirkan ana...ALLAH itu MAHA ADIL...lalu ketetapannya yang terbaik...jangan jadi anak derhaka...."
kini, ana memang terasa sebak di jiwa...tasbih cinta ALLAH perlu ana utamakan
akhirnya meletakkan kepada segala ketentuan YANG MAHA ESA
dalam nafas kekuatan palitan ALLAH jua
jika ana sentiasa menyatakan 'feelingless'
tapi kini air mata menitis jua


YA ALLAH, segalanya terletak pada ketentuan MU dalam Loh Mahfuz yang telah ENGKAU tetapkan dari dulu...lalu jika ini bukan terbaik untuk ku, biarkan ia berlalu dalam rahmat dan ketentuanMU...
kuatkan diri ku agar aku mampu menghadapi...
moga yang terjadi ini adalah yang terbaik dalam diri ku
kerna aku masih jahil dalam banyak perkara yang tak terduga..."


~akhirnya, ana hanya mampu nantikan sesuatu dalam ketentuan ILAHI~

Saturday, January 29, 2011

~ teLah hadir ~

jika dulu ana tertanya mengapa harus ada cinta...???
selalu bermain di pemikiran remaja...
bilakah akan diri disunting jua...usia sudah meningkat jua..namun, tidak terdengar ungkapan adam memilih menjadi calonnya...
menilai dimana kekurangan diri dalam banyak persoalan dalam minda...
namun, ana tidak merindui jalinan ber'c0uple'...
ana hanya rindukan ikatan halal lagi suci...
tak pernah ingin ana ikat sesuatu yang tak pasti, yang akhirnya akan memakan diri sendiri....



akhirnya...setelah yang tak terancang oleh akal dan jangkaan kebenaran...risikan dari sahabat abah datang bertandang...wah2...macam2 ana rasa...x terasa bersedia dan mahupun gembira...
ana rasa umur tak cukup lagi tuk terima semuanya...susah nyer...bler bertandang risikan sama ada benar atau hanya khabar mulut bersantai atau apa jer...semuanya dh jadi tak tentu hala...
ana tidak mengenali sepenuhnya..malah risikan hanya antara perbualan santai abah dan kawan abah...jd belum pasti...entah ler dimana kesahihahnya...

risikan kedua mula bertandang dari sahabat handai yang mengenali diri...makin lama makin ada jer yang bertandang...tp hati ini tak mampu menerima kerna telah terkunci hanya untuk yang hak iaitu suami yang dicintai...lalu perkahwinan yang hanya ana nantikan...
semakin lama perancangan yang bersoal dalam fikiran semua wanita bertandang tanpa diduga...
tak tercapai rasa nya nak difikirkan...susah nyer...baru ana rasa...
macam mana 0wang lain yer...???

Align Center


mencari cinta susah nyer..ana rasa tak mahu semuanya...
apa yang ana rasa hanya menunggu yang hak sahaja...
tiap kali yang bertandang, jawapan nyer..
"cintaku bukan untuk mu..maaf...ana tiada perasaan..hanya menunggu yang pasti..."
lalu kesabaran pasti teruji bagi yang mendengari...
akhirnya, diminta izin persahabatan terlebih dahulu, ana khabarkan kepada keluarga...
mama izinkan persahabatan, namun jaga diri...lalu ana harus membimbing diri ke arah yang direstui





akhirnya, ana hanya mampu berd0a dalam bait d0a setiap malam agar mampu dikunci pintu untuk yang betul-betul ditentukan dengan ana, hanya dengan izin ALLAH SWT...
ana saban masa berd0a
"YA ALLAH labuhkan cintaku kepada yang halal ke ats diriku, jagai hatiku agar tidak tunduk menyembah pada cinta yang tidak bernas dan melalaikan..."
moga ana dikuatkan dengan dugaan ini semua...
yang menanti dan ternanti, ana ingin melunaskan sesi pembelajaran dahulu...
izinkan masa agar ana mampu berfikir...

~ naiLofar cinTa ~

redup kebahagian sang mentari

datang dalam rahmat ILAHI

menyingkap tirai hidup ku ini

dalam tasbih cinta RABBULIZZATI

mencari sisipan cinta hati

dalam pemerhatian kekasih hakiki

ketenangan ku rasai

bersama mereka di sisi

dalam kasih insan yang mencintai

kekal dalam sanubari

menjadi tautan ukhuwah ini...


YA ALLAH...

dalam palitan cinta usrati..

aku gembira di hati

lahir dalam kamar ini

mengungkap jutaan kasih sejati

yang tak mungkin ku ketepi

walau masa berlalu pergi

hati masih kekal menyintai...

tak mungkin ku belakangi

mereka yang sentiasa di sisi

walau apa yang terjadi

hingga jasad dan roh bercerai pergi

lalu hanya cinta ILAHI sejati...

ku titipkan kasih d0a ku ini

dalam bait d0a hari-hari

takkan pernah lelah lagi

walau sampai hujung nanti....