Tuesday, February 22, 2011

sedih...sediH..Sedih...

assalamualaikum untuk semua yang membuka warkah blog ana...

dalam menyusuri hidup, ana perhati dan teliti...
ana pun insan yang bukan sempurna dan selalu leka dan lalai
yang selalu mencari dan terus mencari...
menilai perkara disekeliling bukanlah kelayakan diri
namun akal ana suka mentafsir apa yang berlaku...
ana hanya insan kerdil yang tak mampu menjaga akal mentafsir
walaupun seringkali akan dipertikaikan diri
"adakah terlampau baik diri hingga mampu mentafsir orang lain..?"
tapi akal ana tidak mampu berhenti dan terhenti....

hari ini dalam menjadi penuntut
ana terfikir atas perilaku seorang pensyarah non-muslim
yang berhenti sendiri apabila azan berkumandang
lalu, ana terfikir dalam kita susuri hidup
dalam hidup berasrama, macam mana kehidupan di asrama
ana juga penuntut...menetap di asrama...
kebiasaannya, pelajar yang beragama ISLAM sendiri
meletakkan azan yang berkumandang hanya sekadar pemahaman tanpa sebarang rasa hormat
dalam masa hanya beberapa minit sahaja..mulut yang ALLAH beri dan kurniakan
tak mampu terkunci buat seketika...
tunggu suatu masa bila mulut akan terkunci kekal dan hanya jasad dan anggota badan sahaja yang bercakap.....
lalu...ana tanyakan...adakah itu yang kita nantikan...???

sedih ana lihat apabila umat ISLAM sendiri tidak cuba mencuri masa dan mengunci mulut seketika dalam memberikan tanda kita menghormati azan...
sedih..sedih..sedih..
belajarlah MENGHORMATI dalam hidup inie...
walaupun sukar...
jadi cubalah kita renungkan....ana yakin semua yang bergelar ISLAM amat memahami dan sentiasa didedahkan dengan perkara ini...

"HORMAT AZAN"

1 comment:

aLysA maIsaRah said...

assalamualaikum....
ana berharap dan mengharap
buat yang bergelar ISLAM belajarlah menghormati azan
sama-samalah kita belajar dan mengingatkannya dalam diri kita
kita insan yang tak sempurna
tapi kita haruslah belajar...