Saturday, November 26, 2011

kaLian seMua baIk-baiK


resah penantian kerana pemikiran tentang menghadapi cabaran dunia
makin lama ku kenali dunia yang dipenuhi dengan manusia
diri ini jadi malu..malu kerana kalian semua baik daripada diri ku
namun, yang ku tatap dan hadap erti syukur dan pengharapan
agar sekelumit dan secebis kesucian itu mampu manjadi acuan diri
tapi..diri ini sedar bahawa diri tidak mampu
kerana jurang keberadaan ku terlalu dalam terjunam dalam lembah kehinaan
sedangkan kalian berada di permukaan atas sana
diri ini lebih rela menghina diri sendiri daripada diri terus menghina orang lain
diri ini akui...seringkali diri tidak mampu berlari
terlalu dekat dengan bualan kosong tentang sahsiah peribadi yang lain
menjadi bahan perbicaraan hinggakan berlalu masa dan keadaan...
akhirnya perbicaraan menjadi kosong tanpa erti

cerita hal sahsiah dan penilaian manusia
mudah sekali dituturbicarakan
tapi diri seringkali lupa bahawa setiap manusia itu tidak sempurna
rancak berbicara mengatakan peribadi manusia
sedangkan diri ku tahu dan tahu
umpatan itu seperti memakan daging saudara sendiri
diri ini masih lagi seperti itu dan ini

kini tahun baru bermula lagi
mampukah kesedian sahsiah ini mampu ku garap
agar menjadi permata dan bukannya kaca...




akhirnya lena kerana kelelahan terlalu banyak lidah yang ku cabangkan
lidah tidaklah bertulang tapi rupanya diri ini petualang
menjadi petualang kepada kelemahan diri
rasanya diri masih lagi belum sempurna
mencari kesempurnaan yang takkan diri ini ketemukan




ucapan kata:

terlalu banyak keindahan yang tersergam di mata
lalu jangan dipandang pada luaran
kerana peribadi ku terlalu hina
dan
ketahuilah...
KALIAN LEBIH SEMPURNA....

maaf ku pinta jika nukilan pernah mencuit rasa
membuatkan kalian tidak selesa
lalu mendatangkan pelbagai rasa

akhirnya diri ini perlu tidak terlalu memikirkan
tidak perlu bertanggapan dengan pelbagai perasaan dengan segenap tindakan
kerana tanggapan bukanlah memberikan kesahihan
tanggapan negatif hanya akan memudaratkan keharmonian....



2 comments:

Anonymous said...

jiwang karat

L3tn said...

i like this. So inspirated.