Monday, November 8, 2010

JaHiLnya akU...


YA ALLAH YA RABBI

Aku insan MU yang kerdil lagi hina

Ilmu yang aku ada terasa tidak berguna

Kerna aku hilangkan nikmat bermakna

Dalam diri aku yang jahil agama

YA ALLAH YA RABBI

Dunia ini bukan milikku

Dan aku tak mampu diuji dengan sesuatu

Yang tertanya dalam kalbu

Tak terungkai kerna cetek ilmu

Jahilnya aku di depan MU

Dalam alam dunia yang penuh liku

Aku hamba jahil YA RABBI

Lupa asal diri sendiri

Mencari bahagia ilmu duniawi

Ilmu agama hilang ditelan diri

Aku cuba mencari

Membuka kitab lama dan kini

Apa yang ku temui

Pelbagai persoalan bermain di sisi

Aku pening dan jahil mentafsir

Ilmu ku bukan dalam bidang ini

Aku bimbang tersalah tafsir

Aku bukan cendiakawan ISLAM

Bukan jua ulama-ulama

Bukan jua guru agama

Bukan jua pelajar agama

Tapi aku tetap beragama

Mencari sesuap pengisian jiwa

Agar aku mengukuh iman dan takwa

YA ALLAH YA RABBI

Aku masih mencari

Akan mencari

Dan tetap mencari

Ilmu yang perlu dalam diri

Walau teruji dan beronak duri

Aku ingin mencari…

hIdupkU...

Coretan ku bermula membawa identiti muda

Berusia 18 dalam jangkauan remaja

Gelaran baru mula bertakhta

Melangkah alam baru bersama

Dengan penuh tanda tanya

Menari dalam ruang minda…

Melangkah ke alam pengajian tinggi

Meninggalkan keluarga yang di sisi

Walau hati berat melangkah pergi

Pelbagai rasa timbul dalam hati

Namun, terpaksa kuatkan diri


Melangkah ke alam matrikulasi

Sedangkan hati ingin ke oversea

Namun, abah tidak merestui

Lalu kakiku harus melangkah di Negara sendiri

Menjelajah Gopeng Perak menjadi destinasi

Meninggalkan tawaran guru biologi

Tawaran MARA biarkan menyendiri

Australia tidak mampu ku terokai

Ku akui air mata menitis lagi

Kerna itu hasrat hati

Namun, ku korbankan diri…




Tamat pengajian di sana

Bersama teman dan rakan seusia

Bersama guru yang ku cinta

Akhirnya cita-cita ku bermula

Jika dulu ku kejar gelaran ‘doktor’

Kini aura pendidik melekat di jiwa

Kerna cintaku pada guru setia

Mengajar aku ilmu hisab sentiasa

Akhirnya ‘guru matematik’ jadi pilihan jua

Seulsai setahun di sana

Ku langkah menuju maktab jua

Bakal menjadi pendidik anak bangsa

Ku teruskan dengan asasi semula

Walau terasa membazir masa

Namun, cita-cita ku di sana

Abah jua merestui anaknya

Lalu apa yang aku mahu

Hanya doa dan restu

Moga suatu masa aku berjaya dengan linangan air mata gembira…


Tuesday, November 2, 2010

pernahkah ku khabarkan???


dalam ku bersendiri menyepi

ku buka kembali kotak memori

ingin ku ukir untuk di kongsi

bersama insan yang ku sayangi...

pernahkah ku khabarkan???

betapa hebatnya CINTA...

ketahui dan jangan ragui lagi

kerna ia memang di akui dan pasti

kerana CINTA engkau dan aku bersama

bersama mendiami bumi YANG MAHA ESA

dalam rahmat dan limpahan-NYA...

pernahkah ku khabarkan???

betapa hebatnya CINTA...

jika engkau dan aku tak mampu

menjaga diri dan hati dari diserbu

serbuan kuasa syaitan laknatullah...

yang telah dilarang dan dicegah

namun, itu yang dianggap indah

pada zaman moden penuh gah

hingga semua perkara dah tak diendah

nafsu menerajui mahkota kurniaan ILAHI

akal sudah tak mampu berfungsi

hati mula menurut nafsu diri

kini, nafsu raja diri....



pernahkah ku khabarkan???

betapa hebatnya CINTA...

hinggakan manusia sudah suka mengenali

antara sesama sendiri

mengenali hati budi dan nurani

sampai mengetepikan batas diri

malah mengetepikan mahram sendiri

perilaku saban hari mengoyah hati

kata 'sayang' 'cinta' 'kasih' mula bersemi

menjadi penyeri hati insan kini

hingga melalaikan segenap hamba ILAHI....

untaian bicara memang indah

namun, untaian RABB lebih marhabbah

malah kekal bersemi...

pernahkah ku khabarkan???

betapa hebatnya CINTA...

jika engkau dan aku semai

dalam ikatan yang diredhai

oleh YANG MAHA ESA pencipta diri

sudah pasti berkahNYA bersama saban hari

takkan lupus dari kehidupan nanti...

andai engkau dan aku memilih sebaliknya

murka-NYA pasti mendatangi

kekusutan dan kegoyahan melanda diri

keresaha pasti merayap menghampiri

hingga diri tak mampu mengenali

siapakah DIRI....???


1hb NOVEMBER 2010


H0h0h0... I felt really great... Now is the time for facing my final examination. Today is the killer day for me as I need to answer my English paper. It is just like twist your entire mind in your mother tongue into an alien language. Fuhhh...it is really sounded spooky. But, no matter how I want to escape from this, it will run near on me. It is just like a nightmare and it will never end until I face it bravely like a lion. Grrrhhhh......

(LION...??? huhuhu....is it me...??? hehehehe....)

In the morning, I woke up early and pray SUBUH then recited AL-QURAN. At 8.00 am, I walked down on the street from my hostel to the examination hall. I walked there with my classmate. The morning was gloomy and rainy day. We used an umbrella to cover us from rain. We reached the examination hall at 8.10 am. The teachers who were managed the examination had already started their instruction. Thus, without hesitation we entered the hall. I thought it was early, but as it was a rainy day all the candidates were allowed to be in the hall. The examination took 1 hour and 15 minutes only. Then, this was the time for twist my mind into alienated language.

I got to answer all the questions in black and white. It was just like born a baby as I had finished answering the questions. Even I was not so sure, my answer is right or wrong but I had done all my best. Hopefully, success will be mine. I will always pray for it....and hopefully you all too...