Monday, November 8, 2010

JaHiLnya akU...


YA ALLAH YA RABBI

Aku insan MU yang kerdil lagi hina

Ilmu yang aku ada terasa tidak berguna

Kerna aku hilangkan nikmat bermakna

Dalam diri aku yang jahil agama

YA ALLAH YA RABBI

Dunia ini bukan milikku

Dan aku tak mampu diuji dengan sesuatu

Yang tertanya dalam kalbu

Tak terungkai kerna cetek ilmu

Jahilnya aku di depan MU

Dalam alam dunia yang penuh liku

Aku hamba jahil YA RABBI

Lupa asal diri sendiri

Mencari bahagia ilmu duniawi

Ilmu agama hilang ditelan diri

Aku cuba mencari

Membuka kitab lama dan kini

Apa yang ku temui

Pelbagai persoalan bermain di sisi

Aku pening dan jahil mentafsir

Ilmu ku bukan dalam bidang ini

Aku bimbang tersalah tafsir

Aku bukan cendiakawan ISLAM

Bukan jua ulama-ulama

Bukan jua guru agama

Bukan jua pelajar agama

Tapi aku tetap beragama

Mencari sesuap pengisian jiwa

Agar aku mengukuh iman dan takwa

YA ALLAH YA RABBI

Aku masih mencari

Akan mencari

Dan tetap mencari

Ilmu yang perlu dalam diri

Walau teruji dan beronak duri

Aku ingin mencari…

No comments: