dalam ku bersendiri menyepi
ku buka kembali kotak memori
ingin ku ukir untuk di kongsi
bersama insan yang ku sayangi...
pernahkah ku khabarkan???
betapa hebatnya CINTA...
ketahui dan jangan ragui lagi
kerna ia memang di akui dan pasti
kerana CINTA engkau dan aku bersama
bersama mendiami bumi YANG MAHA ESA
dalam rahmat dan limpahan-NYA...
pernahkah ku khabarkan???
betapa hebatnya CINTA...
jika engkau dan aku tak mampu
menjaga diri dan hati dari diserbu
serbuan kuasa syaitan laknatullah...
yang telah dilarang dan dicegah
namun, itu yang dianggap indah
pada zaman moden penuh gah
hingga semua perkara dah tak diendah
nafsu menerajui mahkota kurniaan ILAHI
akal sudah tak mampu berfungsi
hati mula menurut nafsu diri
kini, nafsu raja diri....
pernahkah ku khabarkan???
betapa hebatnya CINTA...
hinggakan manusia sudah suka mengenali
antara sesama sendiri
mengenali hati budi dan nurani
sampai mengetepikan batas diri
malah mengetepikan mahram sendiri
perilaku saban hari mengoyah hati
kata 'sayang' 'cinta' 'kasih' mula bersemi
menjadi penyeri hati insan kini
hingga melalaikan segenap hamba ILAHI....
untaian bicara memang indah
namun, untaian RABB lebih marhabbah
malah kekal bersemi...
pernahkah ku khabarkan???
betapa hebatnya CINTA...
jika engkau dan aku semai
dalam ikatan yang diredhai
oleh YANG MAHA ESA pencipta diri
sudah pasti berkahNYA bersama saban hari
takkan lupus dari kehidupan nanti...
andai engkau dan aku memilih sebaliknya
murka-NYA pasti mendatangi
kekusutan dan kegoyahan melanda diri
keresaha pasti merayap menghampiri
hingga diri tak mampu mengenali
siapakah DIRI....???
No comments:
Post a Comment