Coretan ku bermula membawa identiti muda
Berusia 18 dalam jangkauan remaja
Gelaran baru mula bertakhta
Melangkah alam baru bersama
Dengan penuh tanda tanya
Menari dalam ruang minda…
Melangkah ke alam pengajian tinggi
Meninggalkan keluarga yang di sisi
Walau hati berat melangkah pergi
Pelbagai rasa timbul dalam hati
Melangkah ke alam matrikulasi
Sedangkan hati ingin ke oversea
Namun, abah tidak merestui
Lalu kakiku harus melangkah di Negara sendiri
Menjelajah Gopeng Perak menjadi destinasi
Meninggalkan tawaran guru biologi
Tawaran MARA biarkan menyendiri
Australia tidak mampu ku terokai
Ku akui air mata menitis lagi
Kerna itu hasrat hati
Namun, ku korbankan diri…
Tamat pengajian di sana
Bersama teman dan rakan seusia
Bersama guru yang ku cinta
Akhirnya cita-cita ku bermula
Jika dulu ku kejar gelaran ‘doktor’
Kini aura pendidik melekat di jiwa
Kerna cintaku pada guru setia
Mengajar aku ilmu hisab sentiasa
Akhirnya ‘guru matematik’ jadi pilihan jua
Seulsai setahun di sana
Ku langkah menuju maktab jua
Bakal menjadi pendidik anak bangsa
Ku teruskan dengan asasi semula
Walau terasa membazir masa
Namun, cita-cita ku di sana
Abah jua merestui anaknya
Lalu apa yang aku mahu
Hanya doa dan restu
Moga suatu masa aku berjaya dengan linangan air mata gembira…
3 comments:
h0h0....sedih nyer!!!!
but, hope sgt2...i will be strong!!!!
xpela asiah.. kte kne kuat..!! caiyok2..!!
insyaALLAH...
Post a Comment