Monday, April 23, 2012

LaMa suDah TidaK menCoret


assalamualaikum dan salam sejahtera.. ^ ___ ~

my last post is last year on novermber 2011.
this is my 2nd post this year...

lama sudah rasanya tidak mencoret pada blog saya. kali nie rasa nak beralih arah kepada blog buat sementara. macam-macam sudah terjadi dalam tempoh pengajian saya di institut. dalam tempoh pengajian selama hampir 3 tahun ini, macam-macam dugaan yang dihadapi dalam dunia ini. cabaran yang tak diduga selalu datang dalam erti PERSAHABATAN. mungkin kalau di luar sana, remaja-remaja tertumpu kepada soal PERCINTAAN, tapi tidak pada mehnah perjalanan hidup saya.

Dalam perjalanan hidup nie, terlalu rumit PERSAHABATAN yang dijalin sesama manusia. Kawan, persahabatan dan persaudaraan mempunyai makna yang menjunjung prinsip kehidupan. perkaitannya sungguh bermakna, buat yang memahami dan menjaganya. tapi, malangnya kehidupan sekarang, apabilamana salah satu pihak menjaga, rasanya tidak menyatu ikatan ini. kadangkala, rasanya terlalu keliru antara yang mana betul dan yang mana salah. apa yang berlaku sebenarnya..? apa yang tidak kena pada diri ini..? apa salahnya..?

d
alam jalinan persahabatan, ada pincang dan kurangnya. lompong sana, lompong sini. mungkin saya bukan sahabat baik untuk mereka di luar sana. ya ALLAH, ajarkan aku erti ikhlas dalam persahabatan. kelukan lidah ku andai aku rasa tidak perlu menutur bicara ku. halanglah aku dalam tindakan yang akan menyinggung diri ku dan mereka.. namun ya ALLAH terlampau lemah rasanya kalau semuanya berlaku tetap sama seperti sedia. macam mana harus bicara..??
aku punya teman.. tapi apakah teman itu..? [mencari persahabatan ikhlas]

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

besarnya erti persahabatan.. tapi sayangnya saya tak mampu jadi yang terbaik, mungkin sebab tu saya talian sahabat ada jua yang lompong dalam hidup selama pengajian bersama.
Hadis Persahabatan: Memilih Kawan"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)
dalam usia mencapai kematangan dalam tempoh akhir pengajian yang masih bersisa 2 tahun setengah, saya bertemu dan bertaut dalam usrah. jika dulu lebaran sayap saya tertutup dalam skop kecil dalam kelas, kini saya diketemukan dengan mereka yang pelbagai ilmu dan kos pengajian. mungkin dulu saya terlampau rigid dengan skop kelas semata-mata, namun, alhamdulillah kini hati ini bertaut bertemu menyatu kerana ukhuwah. kini jua saya mengenali dia, mengenali mereka, tanpa membataskan tegur sapa jika berjumpa. manisnya ya ALLAH ku ketemu pada mereka.

"bersahabatlah, berkawan dan bertemanlah dengan semua. moga percikan wangian terkena kepada kita bersama"
Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
jika dijalin kerana pemikiran harta semata-mata, rosak binasalah hubungan sesama. ^ __ ~
Hadis Persahabatan: Memanfaatkan Kelebihan Diri Untuk Menolong Orang Yang Tidak Ada Kelebihan Tersebut
"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)
namun, dalam dunia ini, berhati-hatilah dalam menjalinkan hubungan dengan mereka yang lebih daripada kita. moga dalam jalinan persahabatan itu tidak ada timbul sangkaan buruk jalinan persahabatan kerana harta. mungkin, kadangkala kita terlepas pandang, namun, ia terjadi dalam hakikat sebenar. [pengalaman sendiri]

persahabatan yang dijalin rupanya ini tanggapan tanpa soal bicara daripada yang empunya. akhirnya terluah di mulut saya kerana tidak tahan melihat ke hadapan situasi sebahagian rupa. akhirnya terbongakr tanggapan masing-masing terhadap empunya diri. tamparan hebat jua ku terima, tapi haruslah aku terima kerana itu adalah satu tanggapan manusia kepada kita. ada kepincangan dalam diri kita. mungkin saya merasakan saya sudah mencuba yang terbaik, sebaliknya mereka juga merasakan mereka cuba yang terbaik. kadangkala kita mungkin penat menatap realiti PERSAHABATAN
sebenar, hinggakan terabai beberapa individu di belakang.
satu yang makin hari saya sedar atas kekurangan diri. ya benar, saya bukanlah dari barisan keturunan yang senang dan bijaksana. bukan daripada keluarga jutawan, hartawan, dermawan, bangsawan mahupun graduan. saya cuma daripada keluarga yang biasa, hidup dalam keadaan yang tidaklah susah, dan tidaklah senang. hanya bersederhana.. ^ ___ ~

kadangkala, jurang dan cara hidup kita membuatkan kita berbeza. saya mungkin tidak seperti mereka, yang boleh menyatakan keinginan dan akan mendapat semuanya. saya cuma hidup dalam keadaan yang serba cukup sempurna, tapi tidak melampaui kemampuan diri
[mencuba untuk itu]..

akhirnya ku ketemu intipati pengajaran yang mampu iktibarkan diri dan panduan dalam kehidupan...

1. IKHLAS

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)
---- ikhlaskan diri ku dalam jalinan persahabatan agar aku tidak memandang kepada kelebihan dan harta yang ada pada mereka..
2. BERMANIS MUKA

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)
3. BERJABAT TANGAN dan BERTEGUR SAPA

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)
4. BERI HADIAH

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)
5. Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.

Rasulullah s.a.w. menerangkan:

“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,

2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,

3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,

4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,

5. menziarahinya ketika sakit,

6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan

7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

(Riwayat Ibnu Babawaih)


p/s: saya tak mampu jadi sahabat baik kerana saya bukan yang terbaik. tapi saya belajar menjadi sahabat dan saya mengharapkan penerimaan tanpa membuatkan saya terasa diasingkan. saya tidak suka pengasingan berlaku, tapi itu realiti terjadi... kerna ada unsur 'geng'/ 'puak' dalam kita bersama...pernah diperkata, tapi terjadi juga.. [senyum sudah]

No comments: