Thursday, April 26, 2012

ukhuwah vs persahabatan

assalamualaikum dan salam sejahtera...
semalam ana pergi menghadiri penyampaian ilmu. kadang-kadang betul, kita langsung tidak sedar dengan tindakan yang kita lakukan buat orang berfikir negatif dengan kita. kadangkala, kita pun tak terlepas dengan berfikiran negatif dengan orang. ana sudah berada di kampus pengajian sudah lama hampir dalam lingkup masa 3 tahun. masih lagi tersisa 2 tahun setengah. menjadi bakal murabbi dan pendidik sememangnya penuh cabaran. kesabaran, pemikiran rasional, tindakan dan macam-macam lagi semuanya diukur secara mendalam, sebab bakal menjadi suri tauladan kepada yang dididik.

secebis memori di sini sememangnya tidak terlepas dengan ujian. sepanjang tempoh ini, ana mengenali teman semata-mata untuk berteman, tapi kehadiran sesi semalam buat ana sedar, persahabatan itu tidaklah penting. jika ana bersahabat, hanya sahabat yang ana dapat. dalam bersahabat jugalah, macam-macam yang timbul dan teruji akhirnya terputus dalam tempoh yang tertentu. pengalaman diri di kampus sememangnya mengajar ana erti kehidupan, kebergantungan kepada ALLAH swt bukan saat kesusahan samada daripada kesakitan, kesukaran ujian, krisis hubungan tetapi waktu ana tersenyum dan bahagia

daripada apa yang ana perolehi, maaf ana katakan, "ana, tidak perlukan sahabat, tapi apa yang ana perlukan adalah tautan ukhuwah". UKHUWAH inilah perkara baru yang ana faham. sebelumnya, ana tautkan sesama manusia dengan hubungan persahabatan bukan dengan ukhuwah. sebab itulah, ana yakin ada kepincangan dalam persahabatan. kadangkala kita bertindak dengan niat yang lain, tapi tersalah tafsir, kerana apa..? kerana kita bertaut kerana PERSAHABATAN bukannya UKHUWAH. kalau kita bertaut dengan UKHUWAH, kejahatan pemikiran negatif, insyaALLAH dapat dihindari. 


pengalaman di kampus, sememangnya memberikan tamparan hebat kepada ana dalam jalinan persahabatan. jika dihitung, pelbagai pemikiran negatif yang timbul daripada sekecil-kecil tindakan ana sehinggakan sebesar-besar diperhatikan. namun, insyaALLAH, ana hanya jadi pemerhati dan doa sahaja mampu ana berikan semoga saudara-saudara ana ini, mampu berubah ke arah yang lebih baik. bukan sekadar saudara-saudara ana sahaja, tapi ana sendiri. sebab ana tahu, ana bukanlah orang baik dan masih menuntut ilmu kerana kecetekan dan kejahilan. [pengalaman mendengar butiran bicara hati individu lain sememangnya membuatkan ana kagum dengan pemikiran mereka. tarbiyah sememangnya meresap masuk ke dalam jiwa.. moga ana juga mampu meraihnya.. amin.. sama2 kita.. ^ __ ~]



kenapa ana memilih ukhuwah..?
" a picture is worth than a thousand words"


" YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN UKHUWAH IALAH HATI DAN JIWA YANG TERIKAT DENGAN IKATAN AKIDAH"
[IMAM HASSAN AL-BANNA]

mendengarkan kata-kata ini, ana makin yakin mentautkan ukhuwah dan bukan persahabatan. sebab kalau ana terikat dengan ikatan akidah, ana takkan lakukan suatu perkara dengan yang bercanggah. insyaALLAH kejahatan hasutan dan pemikiran yang negatif mampu ana elakkan. [gombattee.. fighto.. ^ __ ~]

mungkin suatu masa ke hadapan, ana terasa terbeban jika ana seorang sahaja mentautkan kerana UKHUWAH. sebab, tangan takkan berbunyi jika hanya sebelah tangan ditepuk. kerana itu, ana mohon dan raih semangat pembaca [jika ada yang membca] untuk sama-sama hari ini kita tanam satu perasaan ukhuwah dan bukan persahabatan. sebab persahabtan boleh terputus dan hilang, tapi ukhuwah itu, insyaALLAH kekal kerana dalam kerahmatan ALLAH swt..



 dalam pengekalan ukhuwah itu, ana sedar perkara yang kita sering ambil remeh dan tidak kisah tentang benda nie. apakah perkara tersebut.?
PERASAAN
berdasarkan pengalaman dan perkongsian saudara-saudara ana, sememangnya kita jarang sensitif dengan tindakan kita, termasuk ana sendiri. di sini ana senaraikan beberapa yang boleh menimbulkan ancaman kepada jalinan persaudaraan ini.

jika hadir dalam kumpulan tertentu, jangan dibicarakan soal sesuatu perkara yang tidak diketahui oleh semua. kerana, yang memerhati pasti tersinggung dan tertanya-tanya.

عَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اِثْنَانِ دُونَ اَلْآخَرِ, حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ; مِنْ أَجْلِ أَنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ

Daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah s.a.w . bersabda: “Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa orang ketiga sehinggalah mereka berada di kalangan orang ramai kerana itu akan menyebabkan dia akan bersedih.[1]

Hadis ini memberikan kepada kita beberapa prinsip, yang pertama, jangan menimbulkan syak wasangka kepada orang lain. Pergaulan dengan orang lain hendaklah dengan menjaga adab, penuh kemesraan dan jauh dari prasangka. Prinsip kedua, menjaga hati dan perasaan orang lain. Sebab larangan ini supaya terhindar perbalahan dan permusuhan kerana ianya membawa kepada tidak bertegur sapa dan pemulauan.


Ini menunjukkan betapa Islam menjaga hak asasi manusia iaitu sesiapapun tidak boleh melukakan hati dan perasaan orang lain. Maksud menyebabkan ia sedih boleh jadi dia merasakan dirinya dipersenda, diperlekeh atau diumpat. Atau mengkin dia merasakan dirinya disisihkan dan diketepikan dari mengetahui sesuatu perkara.


Ini juga termasuk dalam adab majlis. Sesuatu perkara hendaklah dinyatakan dengan jelas dan terbuka. Jika ada sesuatu perkara yang sulit dan rahsia maka hendaklah dielakkan daripada bercakap di hadapan orang lain. Syaitan berlari dalam anak Adam seperti berlarinya darah. Ia mahu mencetuskan permusuhan dan perbalahan dalam diri manusia, dan ia bersungguh-sungguh mahu mencetuskan perbalahan dan kebencian dalam jiwa manusia demi untuk memecah belahkan mereka dan menyibukkan mereka dengan permusuhan, pemulauan dan terputusnya hubungan silaturahim. Dengan cara ini, manusia akan lalai dari beribadat kepada Allah dan tidak akan bekerjasama dalam perkara-perkara kebajikan dan ketakwaan.


Jesteru, syaitan tidak akan meninggalkan satu carapun melainkan digunakannya untuk mengganggu manusia. Cara yang paling penting ialah bermula dengan sangka buruk. Oleh itu, maka hendaklah setiap orang mu`min wajib menutup pintu-pintu yang cuba dimasuki oleh syaitan yang mahu merealisasikan niat kejinya itu.[2]


Sekiranya dalam keadaan dua orang yang sedang bercakap secara sulit dari mula lagi dan orang yang ketiga berada jauh dari mereka berdua dalam keadaan dia tidak mendengar perbualan tersebut lalu dia datang untuk turut mendengar maka hukumnya tidak harus.



Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad mengemukakan satu riwayat:
قال سعيد المقبري: مررت على بن عمر ومعه رجل يتحدث فقمت إليهما فلطم في صدري فقال إذا وجدت اثنين يتحدثان فلا تقم معهما ولا تجلس معهما حتى تستأذنهما فقلت أصلحك الله يا أبا عبد الرحمن إنما رجوت أن أسمع منكما خيرا

Daripada Sa’id al-Maqburi katanya aku lalu berdekatan dengan Ibn ‘Umar dan bersamanya ada seorang lelaki sedang bercakap-cakap dengannya lalu aku pergi kepada mereka berdua lalu Ibn ‘Umar menampar dadaku seraya berkata apabila kamu mendapati dua orang sedang bercakap-cakap maka janganlah kamu menyertai mereka berdua dan janganlah kamu duduk bersama mereka berdua sehinggalah diizinkan. Sayapun berkata: “Semoga Allah mengelokkan keadaan tuan, wahai Abu ‘Abdul Rahman, saya hanya berharap dapat mendengar perkara baik dari kamu berdua.” [3]


Riwayat ini juga menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah mengelakkan diri dari urusan orang lain dengan cara mencelah di antara dua orang yang berbincang secara sulit meskipun dia berniat baik.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ

Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w.bersabda: “Di antara tanda kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang bukan urusannya.[4]

[1] al-Bukhari: 6290, Muslim: 2184, Tirmizi: 2825, Ibn Majah: 3775, [2] Fath al-Mun’im, jil. 8, hal. 529,[3] al-Adab al-Mufrad, no: 1166,[4] Al-Tirmizi, no: 2317 dan Ibn Majah, no: 3976





No comments: