Friday, July 15, 2011

kawan ~ sahabat


membaca entry blog teman: KEIKHLASAN DALAM BERSAHABAT
membuatkan saya sedar bahawa mungkin apa yang saya rasa
itulah yang kawan ~ sahabat saya rasa dengan tindakan saya
saling percaya pada diri bahawa sudah memberi yang TERBAIK
tapi sayangnya balasannya tidak setimpal dengan apa yang dilaku
rasa dipergunakan semata-mata hanya untuk kepentingan diri
meninginkan sesuatu...
dan bila sudah habis, buang sahaja ke tepi
itu yang dibaca dalam entry teman
itu juga yang saya rasa sekarang
dan saya sedar bahawa:

APA YANG KITA MAKAN, ITU JUGALAH YANG ORANG LAIN MAKAN
---saling berkongsi citarasa---

mungkin dalam persahabatan ini sebenarnya
soal mengharapkan dan meletakkan pengharapan bantuan daripada teman
tidak sepatutnya dilakukan
kerana kadar pengharapan terhadap manusia
pasti menginginkan ganjaran dan layanan setimpal dengannya

kita merasakan layanan kita sudah yang TERBAIK
tapi malang rasanya bila kita mendapatkan yang sebaliknya
dan dalam bersahabat dan berkawan
saya sendiri pun makin tak faham

adakah perasaan saya sahaja:
disisihkan ke tepi...atau atas sikap saya...
mungkin saya sudah cuba yang TERBAIK
tapi tak mungkin memuaskan semua keinginan manusia
saya belajar dan belajar menerima keadaan bahawa
saya bukan mempunyai apa-apa
dan saya berusaha untuk tidak berharap lagi
kerana saya bimbang, salah faham mula di bina
kerana tafsiran yang terbina
saya pun mungkin seperti ini
menafsir mengikut fikiran diri.....

tapi bagi saya:
kalau itu jalan yang dipilihnya
teruskan...
bukan hak saya segala-salanya
jasad diri yang menentukan apa yang perlu dilakui beserta dengan hati

yeah..manusia mudah lupa segala-galanya
waktu derita bersama...
dan bila bahagia terbina
duka itu dilupa...!!!
...itu adat manusia...



~ title sahabat sukar ku ketemukan..di saat aku ingin megiktirafkannya, rupanya dia sudah hilang daripada diri..dan sampai sekarang SAHABAT yang ku temu jauh nun dari sisi~

No comments: